Memerhati,mempelajari dan menghayati...

PERINGATAN BUAT SEMUA

MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Saturday, February 28, 2009

KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan

Allah' hanya untuk Islam
Oleh Hassan Omar
bhnews@bharian.com.my

KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20090228230901/Article/index_html


------------------------------------------------------------------------------------------------


Bismillah

Assalamualaikum

Walaupun KDN telah kuat kuasakan kembali larangan menggunakan kalimha Allah oleh pihak Kristian, namun begitu jangan kita lupa bahawa keputusan yang mutlak berada di tangan pihak mahkamah Tinggi. Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya keputusan yang akan dibuat Mahkamah Tinggi berpihak kepada ISLAM!

Amat mendukacitakan sekali kerana masih ada orang-orang yang mengaku beragama Islam tidak ambil peduli mengenai kalimah Allah ini. Pada mereka ada apa pada perkataan Allah?


Kononnya akidah yang lebih penting!

( Tetapi bagi saya, dengan membenarkan pihak Kristian menggunakan kalimah Allah inilah yang akan menyebabkan akidah sebahagian anak-anak Islam di Malaysia yang sudah semakin tenat menjadi lebih parah ! Ya, Akidah anak-anak Islam yang masih memerlukan bimbingan sepenuhnya akan terus menjadi pincang dan rosak kesemuanya! Mengapa? Ini kerana KESUCIAN DAN MARUAH kalimah Allah di bumi Malaysia pun tak boleh nak di pertahankan, apatah lagi nak pertahankan akidah anak anak Islam??? jangan kita ingat kita sudah kuat dan iman di dada sudah memadai!

Sedangkan orang yang berada di negara yang menjalankan hukum hudud pun telah berjaya di Kristiankan dan ditanam di dalam diri mereka untuk membenci dan mencemuh Allah, Nabi Muhammad dan agama suci Islam yang pernah membaluti diri mereka sejak dari bayi lagi!!!

Sila lihat link ini----> http://www.israeltoday.co.il/default.aspx?tabid=178&nid=16907

Saudi girl executed for becoming Christian

A young girl in Saudi Arabia was brutally executed by her Muslim father this week after he learned his daughter had converted to Christianity.

Middle East business news website Zawya.com reported that the man, who is a prominent member of a "virtue committee," first cut out his daughter's tongue and held a one-sided religious debate with her. He then burned his daughter alive..............


Kejadian di atas pernah di petik juga di dalam Harian Metro.Bayangkanlah saudara-saudara sekelian! Orang yang berlidah Arab, yang dibesarkan di dalam keluarga Islam dan memahami Al-Quran tanpa perlu di 'translate' kan, yang di ajar bersolat, berpuasa, dan membayar zakat serta tinggal di negara di mana letaknya tanah Suci Makkah dan Kota Madinah boleh murtad dan akidahnya telah terpesong jauh ? Jadi persoalannya di sini , di manakah kekuatan akidah seseorang Muslim itu ? Manipulasi orang-orang Kristian terhadap kalimah Allah telah mengakibatkan orang Islam yang kononnya peka akan kekuatan akidah dan iman mereka masih boleh tertipu dengan dakyah palsu dan pembohongan orang-orang Kristian yang dibenarkan MENIPU dalam menyebarkan dakwah mereka!!!

Jadi apatah lagi di Malaysia??? Di mana rata-rata anak-anak muda Islam kita leka dan asyik dengan hiburan yang tidak membantu mereka mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul.Opss, bukan anak-anak sahaja, malahan ibubapa telah menelan racun hiburan dengan bangga serta menggalakkan anak-anak mereka menelan racun dunia seperti mereka!!Sebab itu kita sebagai orang-orang yang sedar akan tentang perkara ini harus mempertahankan akidah orang Islam kita yang lalai dan membantu mereka supaya tidak terjerumus ke dalam lembah murtad, Inshallah... )


Kononnya Allah bukan untuk Melayu atau Islam sahaja!


Ya, benar! Allah bukan hanya untuk golongan ini sahaja tetapi Allah ialah Tuhan pemilik sekelian makhluk meliputi langit dan bumi. Tuhan yang mencipta manusia dari tanah dan jin dari api. Allah adalah Tuhan untuk hamba-hambanya yang mengaku bahawa Dia adalah SATU , Tak beranak dan Diperanakkan, serta Tiada satu pun yang menyerupainya. Jadi kedudukanNya yang Maha Esa dan Satu inilah hendak kita pertahankan! usah tertipu dengan dakwaan mereka yang mahu berselindung di sebalik nama Allah wal hal mereka tidak mengaku bahawa Allah itu satu,tunggal tidak beranak dan di peranakkan!!!

Walaupun Shaikh Ahmad Deedat telah membuktikan bahawa Allah telah wujud dalam Bible yang asli dan bukan YAHWEH/JEHOVAH TETAPI pihak Christian tidak menerimanya.Bahkan mereka dengan angkuhnya menggelarkan Allah itu sebagai Tuhan pagan,Tuhan Bulan dan sebagainya.


Mereka juga mengatakan bahawa Nabi Muhammad(saw) menerima risalah dari Shaitan.Jadi kenapa sekarang nama Allah mahu digunakan akan tetapi hanya nama di terima namun tidak makna nama Allah dan penutup seluruh Nabi dan Rasul iaitu Muhammad SAW itu sendiri??!!!





Kononnya bangsa Arab bukan Islam sudah menggunakan Allah sejak sebelum zaman Rasulullah lagi!


Kepada orang-orang Kristian yang kononnya berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan terhadap agama mereka, saya ada beberapa soalan untuk kamu semua.

1- Sejuh manakah keiklasan kamu hendak menggunakan Allah untuk penganut Kristian bumiputra? Apakah alasan yang munasabah bagi kamu semua selain dari kononnya bumiputra sudah sinonim dengan nama Allah?

Bukankah kamu mendakwa bahawa orang Arab Kristian telah menggunakan Allah sejak dari zaman sebelum kedatangan Muhammad SAW? Jadi beritahu kepada kami umat islam di sini apakah orang-orang bumiputra juga telah menggunakan Allah sebelum kedatangan Islam di rantau NusaTenggara?Malah mereka ini beragama Hindu !! Atau kenapa tidak kamu menggunakan sahaja nama-nama Tuhan agama yang pernah di anuti oleh orang Dayak atau Kadazan etc?? Ini sebenarnya yang lebih sinonim dengan masyarakat di Sabah dan sarawak! BUKAN ALLAH!!!


Melainkan mereka ini pernah menganuti agama Islam tetapi telah dimurtadkan oleh kamu semua!!!


2- Tahukah kamu bahawa saudara-saudara Kristian kamu yang lain berhempas-pulas menerangkan bahawa ALLAH itu adalah TUHAN BULAN dan TUHAN PAGAN?


http://www.faithfreedom.org/Articles/skm30804.htm

http://www.bible.ca/islam/islam-allah-pre-islamic-origin.htm


Jadi mengapa kamu semua beriya-iya sungguh untuk menggunakan kalimah Allah yang ternyata bercanggah dan mengkhianati kepercayaan kamu? Tepuk dada, tanyalah selera apa yang kamu sembunyikan!

Manakala bagi Kami, Allah lah Tuhan yang Esa, Allah lah Tuhan menurunkan wahyu ke atas kepada Ibrahim, Daud, Musa , Isa dan Muhammad Allayhum Alsalam. Dan Kami tidak pernah sesekali menggelarkan Allah dengan nama-nama Tuhan agama lain . Ini kerana Allah kami tetap Allah. Dia yang SATU dan Dia yang hanya berhak disembah dan Maha Berkuasa.

Tatkala diajukan soalan terhadap nabi Muhammad SAW apa itu Allah?

Maka dengan jawapan yang diwahyukan DARI ALLAH ke atas baginda;

KATAKAN: ALLAH ADALAH AHAD (SATU)

ALLAH ADALAH SAMAD ( TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU)

DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK PULA DIPERANAKKAN

DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG SETARA DENGAN DIA













0 comments: