Memerhati,mempelajari dan menghayati...
PERINGATAN BUAT SEMUA
MAAF JIKA SESIAPA YANG MENDAPATI ADA KOMEN MENGGUNAKAN BLOG SAYA DAN BERUNSURKAN FITNAH SERTA ADU DOMBA ATAU CARUTAN DENGAN BERTUJUAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN SAYA DENGAN BLOGGER LAIN.DEMI ALLAH DAN RASUL TERCINTA MEREKA ITU IALAH API FITNAH YANG SENGAJA MAHU MENCEMARKAN NAMA ORANG LAIN.
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Thursday, February 19, 2009
Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi,
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;
Salam Alaikum Wr Wb,
Di akhir bahagian pengenalan mengenai tajuk ini, saya telah mengemukakan soalan iaitu;
Jadi bagaimanakah kita sebagai orang Islam hendak mengambil peranan untuk menyelamatkan diri kita dan diri orang-orang bukan Islam yang tidak bersalah dan tertindas oleh dasar-dasar politik mereka yang tidak menghiraukan kemanusiaan, keamanan dan keadilan yang sebenar bagi rakyat Islam dan bukan Islam?
Jawapanyan ialah Quran dan Sunnah dan berpandukan orang-orang Islam yang terbaik di masa dahulu di dalam mengendalikan pemerintahan mereka berdasarkan shariah Islam yang sebenar.
Kita sebagai seorang Islam seharusnya berusaha untuk memberi penerangan yang bijak dan tepat kepada orang-orang bukan muslim di sini supaya mereka faham betapa beruntungnya mereka jikalau mereka menerima pemerintahan sebenar Islam. Hakikatnya, diri mereka akan berada di dalam keadaan yang lebih selamat berbanding berada di bawah pemerintahan yang hanya berpandukan nafsu dan kepentingan tertentu.
Di bawah ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan mengenai sistem pemeritahan yang terbaik yang di anjurkan oleh Islam bagi menjana kebahagian dan keadilan kepada umat Islam termasuk orang-orang yang bukan Islam.
1 - Setiap badan pemerintahan Islam hendaklah berpandukan Quran dan Sunnah sebagai 'resource' yang utama untuk merujuk segala hal dan benda ataupun masalah yang timbul.Ini kerana Quran adalah Kitab yang sempurna dalam membentuk sahsiah peribadi seseorang seterusnya memberi panduan yang terbaik mengenai perkara apa sekali pun di dunia ini.Segala hukuman yang telah diletakkan di dalam Quran adalah jalan yang terbaik sekali dalam menangani jenayah-jenayah yang di lakukan oleh orang-orang yang kejam.Namun begitu, sepertimana Allah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 3;
" .....Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
Ini menunjukkan bahawa walapun Allah telah meletakkan hukuman yang setimpal kepada penjenayah-penjenayah yang terlibat, namun demikian jikalau perlakuan mereka itu bukan di atas kehendak sendiri mahupun niat, Allah adalah Maha Pemgampun Lagi Pengasih.Ini kita boleh lihat satu kes yang terjadi di zaman Khalifah Sayyidina Umar Al-Khattab di mana datangnya seorang perempuan malang dan membuat pengakuan bahawa dia telah berzina dan berilah hukuman yang setimpal kepadanya mengikut shariat Islam.Apabila Sayyidina Umar bersetuju untuk menghukum perempuan tersebut, Sayyidina Ali datang dan menegahnya supaya terlebih dahulu menyiasat bagaimana sebenarnya perempuan itu boleh terjebak ke kancah zina. Setelah itu, ternyata perempuan tersebut tidak sama sekali bermaksud untuk melakukan dosa yang dikutuk Allah dan Rasulnya tetapi kerana terpaksa dan nyawanya yang dihujung tanduk.Ia berlaku apabila perempuan itu berada di tengah padang pasir tanpa makan dan minum selama beberapa hari. Kemudian dia telah melihat sebuah khemah dan menuju ke khemah tersebut agar bolehlah dia sekurang-kurangnya mendapat seteguk air. Di dalam khemah tersebut dia dapati ada seorang laki-laki dan perempuan itu pun meminta kepada laki-laki tersebut untuk memberi seteguk air. Namun demikian, laki-laki itu memberi syarat di mana si perempuan yang malang ini haruslah bermalam dengan dia demi untuk seteguk air. Perempuan ini menolak dan meninggalkan khemah tersebut.Namun demikian, berapa hari berikutnya perempuan itu kembali ke khemah itu dan bersetuju dengan syarat laki-laki itu kerana merasakan tidak tahan lagi perit dirinya tanpa air dan makanan yang hampir mencabut nyawanya.Kemudian, Sayyidina Ali berkata kepada Sayyidina Umar supaya dia melepaskan perempuan tersebut.Sayyidina Umar bertanya kembali mengapa.Maka Sayyidina Ali pun membacakan ayat 3 dari Surah Al-Maidah seperti yang saya telah tulis di atas. Kemudian Sayyidina Umar pun melepaskan perempuan yang malang itu.
2 - Seorang pemimpin Islam haruslah pertama kali menjalankan tanggungjawabnya terhadap Allah dan kemudian terhadap rakyat yang dipimpinnya dengan adil berlandaskan QUran dan Sunnah. Pemimpin tersebut seharusnya menjadi pekerja ataupun 'kuli' kepada rakyat dan bukanlah mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi. Saya akan kupaskan point kedua ini dengan lebih terperinci ,InshaAllah di dalam post yang lain. Sesungguhnya setiap diri kita akan di hadapkan di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala kelak dengan setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia.Namun begitu tanggungjawab seorang pemimpin adalah lebih berat dan kerana itu menjadi seorang pemimpin di dalam Islam bukanlah perkara yang mudah dan boleh di jawat oleh sebarangan orang.
3- Sistem politik Islam sesungguhnya adalah sistem yang tidak kenal akan perbezaan kulit, bahasa, jantina , mahupun keturunan . Islam hanya melihat taqwa sebagai perukuran dan perbezaan di antara manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).( Surah Al-Hujurat; 13)
4 . Orang-orang bukan Islam hendaklah dilayan dan dijaga bersesuaian dengan landasan shariat Islam.Sepertimana Allah berfirman;
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Surah Al-Baqarah: 143)
Mereka yang juga di gelar Kafir dzimmi ini wajib di beri perlindungan dan penjagaan yang adil.Bahkan Dzimmi yang datang daripada bahasa arab itu sendiri memberi maksud 'perlindungan'.Orang-orang dzimmi yang membayar jizyah diperbolehkan menjalankan ibadah agama mereka, menerima otonomi komunal, harus dilindungi oleh umat Islam jika ada serangan dan di bebaskan daripada kewajipan berjihad dan 'military' , bebas daripada membayar zakat dan cukai-cukai lain yang dikenakan ke atas orang Islam.
Jadi tidak seharusnya pembayaran jizyah di katakan tidak adil oleh sesetangah pihak yang sememangnya membenci Islam dan sentiasa mencari jalan untuk membusukkan agama Islam. Jumlah Jizyah yang perlu dibayar oleh orang-orang dzimmi ini adalah sebenarnya kurang daripada jumlah zakat yang perlu dibayar hanya oleh orang-orang Islam. Jizyah yang di bayar oleh orang-orang Dzimmi adalah sebagai pertukaran dengan perlindungan yang harus diberi kepada mereka oleh kerajaan dan orang-orang Islam di mana mengecualikan pembabitan mereka di dalam peperangan yang di hadapi negara.Ini kerana tidak adil untuk meminta orang-orang kafir dzimmi untuk berperang dengan orang kafir lain terutama sekali yang menganuti agama yang sama dengan mereka.Seperti yang Sir Thomas W. Arnold di dalam buku beliau Call to Islam, berkata :
“This tax was not imposed on the Christians, as some would have us think, as a penalty for their refusal to accept the Muslim faith. Rather, it was paid by them in common with the other dhimmis or non-Muslim subjects of the state whose religion precluded them from serving in the army, in return for the protection secured for them by the arms of the Muslims. When the people of Hirah contributed the sum agreed upon, they expressly mentioned that they paid this jizyah on condition that ‘the Muslims and their leader protect us from those who would oppress us, whether they be Muslims or others.”
Bagi sesiapa yang minat terutama sekali orang-orang non moslem untuk mendapatkan wajah yang jelas tentang Jizyah.. Click di sini
5 . Sesebuah kerajaan yang bercorakkan pentadbiran Islam seharusnya menekankan aspek akedemik dan kecemerlangan rakyat di dalam bidang ilmu. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud;
......dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". ( Surah Taha: 114 )
Jelaslah bahawa Islam amat mementingkan ilmu di dalam menjana kesejahteraan rakyat dan negara.Ilmu yang dimaksudkan merangkumi semua aspek ilmu termasuk ilmu agama dan duniawi. Ini terbukti apabila suatu ketika dahulu di mana umat Islam yang betul-betul memahami ajaran agama Islam yang sebenar sehingga berjaya menciptakan nama di didalam sejarah manusia sebagai pelopor bidang-bidang sains dan sebagainya.Antaranya ialah Jabbir bin Hayyan- The Father of Chemistry ( gurunya ialah Imam Jaafar AlSiddiq) , Ibnu Sina( Avicenna) , Ibn Khaldun , Al-Ghazali , Al-khawarizmi , Omar Al-Khayyam dan banyak lagi..
Sesungguhnya jikalau sesebuah negara Islam itu betul-betul mengikut cara pemerintahan yang di anjurkan oleh shariah berpandukan Quran dan Sunnah sebenar, nescaya amanlah negara tersebut dan kehidupan rakyat akan makmur termasuk kehidupan rakyat bukan Islam.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada di dalam sistem pemerintahan Islam yang sebenar.Namun demikian ini sahaja yang mampu saya coretkan buat setakat ini. Ingatlah, orang-orang yang selalu mengakui diri mereka itu Islam dan mahu menubuh negara Islam dengan cara membunuh dan kekerasan seperti Taliban dan Al-Qaeda, mereka itu tidak langsung mewakili agama Islam yang sebenar.Bahkan, mereka itu dianggap musuh Islam yang nyata.
Dengan doa untuk keamanan,keadilan dan kesejahteraan bersama
http://politikislam313.blogspot.com/

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment