Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad(SAWA) dan ahlulbait yang suci berserta sahabat yang terpuji;
Salam Alaikum Wr Wb,
Anwar Ibrahim merupakan seorang yang tidak mempunyai asas perjuangan yang stabil dan ikhlas. Ini kita boleh lihat sejak dari mula pembabitannya di dalam dunia politik.
Perbandingan boleh dilakukan dengan melihat bagaimana pada tahun 1968-1981 Anwar "mensabitkan" dirinya dalam "Islam" dan "commited" dengan orang Islam yang lain dengan melibatkan dirinya di dalam persatuan-persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) yang lantang memperjuangkan hak-hak yang lebih kepada keislaman dan kuat menentang kebanyakan dasar kerajaan pada waktu itu sehingga dia pernah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara di bawah akta ISA.
Kemudian pada tahun 1982,apabila setahun setelah Tun Dr Mahathir di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar telah membuat kejutan kepada orang ramai termasuk rakan-rakan liberalnya dengan memasuki UMNO dan mendapat kuasa dengan begitu cepat sekali apabila dia dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1983 dan pada tahun 1984 sebagai Menteri Pertanian dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 1986.Sewaktu inilah Anwar Ibrahim telah bertukar corak perjuangannya di mana dia lebih kononnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Islam di Malaysia.Antara perkara menonjol yang Anwar Ibrahim lakukan adalah termasuk dengan menukar bahasa kebangsaan daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu. Sudah tentu perubahan ini mendapat tentangan dan kritikan daripada kaum bukan Melayu di mana hujah mereka kerana ini lebih kepada pengiktirafan hak untuk melayu sahaja dan bukan 'malaysian'.
Kemudian, seperti yang kita maklumi ,setelah dia dilantik sekali lagi sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991, Anwar , pada tahun berikutnya iaitu 1993 dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah mengalahkan Tun Ghafar Baba dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Pada waktu inilah Anwar Ibrahim dilihat seperti seorang pemimpin yang "Islamik" sehinggakan tidak menyenangkan orang-orang bukan Islam. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan Takaful adalah contoh hasil Anwar setelah penyertaannya di dalam Umno dan kerajaan pada waktu tersebut yang kononnya telah dia buktikan bahawa UMNO juga adalah parti yang memperjuangkan Islam dan bukan sekular.
Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim telah disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual yang kemudiannya disabitkan pula dengan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa.Di sinilah bermulanya detik perjuangan Anwar Ibrahim dan keluarganya serta penyokong-penyokong kuat Anwar Ibrahim sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional yang di buka untuk pelbagai kaum .. (yang kemudiannya telah bergabung dengan Pas dan Dap bagi membentuk sebuah Parti yang dikenali sebagai Parti Pakatan Rakyat(PKR) )
Setelah beberapa tahun menjalani zaman 'perjuangan' untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan-tuduhan tersebut dan juga mendapat liputan hangat di dalam dan luar negara, akhirnya Anwar Ibrahim di bebaskan oleh pihak Mahkamah Persekutuan di atas sebab-sebab tertentu.
Kemungkinan kerana dendam yang begitu mendalam dan hanya Allah sahaja yang Mengetahui apa di dalam hatinya, Anwar Ibrahim terus memperjuangkan agenda politiknya dengan bertukar corak kepada perjuangan untuk semua kaum sehinggakan dia telah berjanji untuk menukarkan hak Ketuanan Melayu kepada Hak Ketuanan Rakyat. Setelah kejayaan PKR dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, ternyata perjuangan parti tersebut mula membuatkan rasa tergugat kebanyakan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini. Kemudian kita dapat lihat juga bagaimana Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan sekutunya Israel.Anwar Ibrahim juga telah dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan agama oleh segolongan orang Melayu .Antara perkara yang menimbulkan pandangan tersebut terhadap dia ialah;
1- Janji Anwar Ibrahim untuk menukarkan hak ketuanan Melayu kepada hak ketuanan rakyat
2-Mempunyai hubungan yang rapat dan mendapat sokongan daripada pihak barat seperti Amerika dan sekutunya Israel di mana memang terkenal dengan sikap 'hostile' dan 'bias' mereka terhadap Islam dan telah banyak memberi kesengsaraan dan kemusnahan harta-benda kepada masyarakat Moslem seperti di Palestine,Iraq, Afghanistan, Lebanon, Iran dsbnya.
3-Sokongan Anwar Ibrahim terhadap HiNDRAF .
4- pada tahun 1993, dan ditemubual oleh seorang wartawan dari ASIAWEEK , Anwar tidak bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Salman Rushdie oleh Ayatollah Imam Khomenei ;
seperti yang dipetik daripada sebuah blog yang lain;
Click di sini
Kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:
“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”
5-. Keengganan Anwar Ibrahim dalam mengangkat sumpah secara jalan yang di anjurkan oleh Islam untuk membersihkan namanya apabila dituduh sekali lagi terlibat dengan kes liwat baru-baru ini.
6- Anwar yang selalu dengan hebatnya menghentam Umno dan BN terutama mengenai isu kronisme tetapi tidak melihat dirinya sendiri yang telah melibatkan anak isteri keluarganya di dalam politik. Tetapi ini tidak dilihat sebagai kronisme oleh penyokong-penyokong Anwar kerana kononnya mereka adalah pejuang sejati keadilan bagi semua rakyat.
7- Penglibatanya dan kerjasama bersama DAP yang sememangnya tidak suka akan Islam sejak dari dahulu lagi dilihat sebagai pengkhianatan besar sebagai penganut yang beragama Islam. Hasilnya, mereka ini semakin lantang mempertikaikan hak agama Islam seperti isu athan subuh yang dianggap oleh mereka sebagai gangguan kepada orang bukan islam, isu murtad, dsbnya.
8- Kenyataan Anwar yang seolah-olah bersetuju dengan Forum Bar Council baru-baru ini apabila ditemubual oleh MalaysiaKini, telah mencetuskan lagi kemarahan segolongan umat Islam di Malaysia yang tidak sama sekali dapat menerima kehadiran forum yang sedemikian kerana dilihat berat sebelah dan mempunyai agenda tertentu.
dan banyak lagi....
Oleh hal yang demikian, disebabkan itulah saya tidak fikir Anwar adalah pilihan yang tepat terutama sekali bagi umat Islam di Malaysia dan juga bukan islam sebagai pemimpin negara. Faktor besar yang boleh kita simpulkan daripada perjuangan Anwar daripada mula pembabitanya di dalam dunia politik, dia tidak memiliki kredibiliti dalam mempersembahkan corak perjuangan yang stabil dan ikhlas. Corak perjuangan Anwar sentiasa berubah-berubah pada setiap masa dan saya lihat ia lebih kepada perjuangan 'penting diri sendiri'. Kemungkinan besar bila-bila masa sahaja Anwar mungkin akan mengkhianati sesiapa sahaja jikalau kepentingannya tergugat walaupun datangnya daripada orang bukan Islam.
http://politikislam313.blogspot.com/2008/08/mengapa-anwar-bukan-pilihan-tepat-bagi.html
0 comments:
Post a Comment